Metafora Keluarga Hepi
Satu Jumaat daripada 1001 Jumaat yang telah berlalu...
Hepi: Assalamualaikum Dedi. Apa khabar kau sekarang?
Dedi: Waalaikumussalam Hepi. Lama tak berjumpa. Alhamdulillah aku sihat macam biasalah.
Hepi: Alhamdulillah. Aku pun macam ni jugaklah. Macam yang last kita jumpa setahun yang lepas. Ingat tak time kursus dulu?
Dedi: Hahaha. Ingat lagi kau rupanya. Betul betul. Ya, aku masih ingat. Cuma time tuh kau nampak lebih smart dengan kot blazer bagai. Harinih kau nampak sempoi jek.
Hepi: Hehe. Biasalah. Kena tukar penampilan sikit. Sesuaikan dengan situasi. Contohnya macam sekarang ni lah. Apa gunanya aku nak pakai blazer bagai padahal nak ke kedai runcit saja? Hehe
Dedi. Hahaha. Betul betul. Aku setuju. Cakap pasal kedai runcit, kau rasa macam mana keadaan ekonomi kita sekarang? Nampak ok ker atau camner?
Hepi: Owh, pasal ekonomi nih berat beb. Pasal aku sendirik pun bukannya ahli ekonomi, so aku tak boleh nak komen banyak. Tuh pasal berat untuk aku. Topik berat maksudnya.
Dedi: Hoho. Berat sangatker nak orang faham sampai tak boleh nak merasai perbezaannya berbanding dulu dan sekarang? Aku rasa topik nih memang berat tapi semua orang boleh rasanya bahang kesannya. Aku rasalah.
Hepi: Bab bahang kesan nih aku setuju dengan kau. Ya. Tak kira siapapun mesti boleh rasa pasal tiap2 hari kita beli barang. Biar gula2 seposen pun tetap duit juga. Betul tak?
Dedi: Hahaha. Betul2. So, camner kau rasa keadaan kita sekarang? Bertambah baik ker atau sebaliknya?
Hepi: Pendapat gula2 seposen aku mengatakan ekonomi kita belum baik lagi. Boleh kata masih di tahap bahaya. Ini pasal aku tengok rata2 harga barang masih mahal. Harga minyak kita pun masih tinggi. Dari situ saja kita boleh nilai situasi ekonomi samada semakin baik atau sebaliknya.
Dedi: Aku setuju cakap kau. Terutamanya pasal harga minyak. Aku tengok semakin meningkat adalah.
... Bersambung di episod akan datang. Tungguuu... ::))

Comments
Post a Comment